Prasarana SK Seri Tunjong

Rabu, 3 Mac 2010

Pesanan untuk diberi perhatian

Salam untuk semua warga SKST. Buat kali kedua tahun ini saya akan meninggalkan sekolah selama lima minggu untuk menyertai PKPGB (Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar). Memang banyak kerja yang tertunggak yang terpaksa diusai oleh PK yang memangku tugas saya. Terima kasih saya ucapkan.
Insya allah kita akan mengadakan mesyuarat pada penghujung bulan Mac ini. Dalam mesyuarat yang lepas timbul pemasalahan beg berat yang disebut dalam mesyuarat tersebut. Saya lihat hal tersebut masih wujud dan belum dapat ditangani sepenuhnya. Oleh itu saya minta setiap guru mata pelajaran dapat membuat pengagihan masa sepanjang minggu dengan meminimakan buku yang mesti dibawa oleh murid. Ini contohnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, agihkan hari untuk mengajar tatabahasa, penulisan, pemahaman dan sebagainya. Begitu juga untuk mata pelajaran yang lain. Buatkan pengagihan.

1 ulasan:

  1. Mesyuarat yang saya maksudkan ialah mesyuarat PIBG yang bakal diadakan pada 27 Mac 2010, 2.30 petang,

    BalasPadam